Jabatan Imigresen tidak kompromi pegawai salah guna kuasa - Utusan Malaysia

Jabatan Imigresen tidak kompromi pegawai salah guna kuasa

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan kakitangan menyalahgunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen bagi tujuan kepentingan peribadi. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud menegaskan, mereka yang terlibat perlu bersedia menghadapi tindakan undang-undang yang akhirnya akan dipenjara dan ditamatkan perkhidmatan jika didapati bersalah.

Berhubung penahanan pegawai-pegawai Imigresen oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, beliau memberitahu mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pemalsuan cap keselamatan Imigresen. 

“Penahanan mereka adalah hasil kerjasama antara Jabatan ini dengan SPRM khususnya dalam perkongsian maklumat yang diperoleh daripada aduan orang ramai.

“Jabatan ini akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan mereka yang akan dilaksanakan secara penuh profesional,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

SPRM hari ini menahan seramai 44 individu terdiri daripada pegawai Imigresen dan orang awam bagi membantu siasatan berhubung isu penyalahgunaan pengesahan cap di sempadan, khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2 dan Bangunan Sultan Ismail (BSI) Johor Bahru.

Menurut Khairul Dzaimee, penahanan pegawai-pegawai jabatannya, bagaimanapun tidak akan menjejaskan operasi Imigresen dalam melaksanakan tugas-tugas harian dan penyampaian perkhidmatan kerajaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya