Jabatan Imigresen tangkap 34,529 PATI - Utusan Malaysia

Jabatan Imigresen tangkap 34,529 PATI

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen sentiasa menjalankan usaha-usaha membanteras kegiatan sindiket berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk kerja-kerja perisikan, operasi penguatkuasaan dan perkongsian maklumat bersama agensi lain.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam hal itu pihaknya bekerjasama rapat bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha melumpuhkan sindiket yang membabitkan ejen-ejen PATI dan pegawai Imigresen sendiri.

“Jabatan ini tidak akan berkompromi ke atas apa jua bentuk kegiatan yang melanggar undang-undang dan akan memastikan usaha-usaha membanteras sindiket PATI dan aktiviti tidak berintegriti sentiasa dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan kira-kira 100,000 sehingga 200,000 warga asing ‘dilepaskan’ untuk terus tinggal di negara ini tanpa melalui tapisan yang betul.

Mereka dikesan masih berada di negara ini meskipun pasport dan permit kerja telah tamat tempoh manakala sebahagian lagi berjaya ‘melepasi’ pintu masuk untuk bekerja di sini.

Kesemua warga asing ini terdiri warganegara China, Bangladesh dan Pakistan itu dengan mudah mendapatkan ‘keistimewaan’ apabila terdapat pegawai Jabatan Imigresen yang gelap mata sanggup menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara.

Lebih mengejutkan, pegawai Imigresen yang terdiri daripada kumpulan gred 19 sehingga 32 itu sanggup ‘bersekongkol’ dengan lebih 10 ejen yang berperanan sebagai ‘orang tengah’ dengan menerima upah dipercayai antara RM5,000 sehingga RM20,000 sehari.

Mengulas mengenai laporan tersebut, Khairul Dzaimee berkata, jumlah warga asing yang di dakwa dalam laporan tersebut adalah tidak benar serta tidak dipastikan kesahihannya, sekali gus memberikan persepsi yang salah dalam usaha-usaha agensi penguatkuasaan menjalankan tugas membanteras kegiatan sindiket PATI.

Katanya, Jabatan Imigresen sentiasa melaksanakan operasi penguatkuasaan di seluruh negara secara berterusan bagi menangani masalah PATI di negara ini.

“Sebanyak 6,300 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan Jabatan Imigresen sejak awal tahun ini sehingga semalam. Hasil daripada operasi dijalankan, sebanyak 90,282 individu telah diperiksa dan 34,529 PATI ditangkap.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 376 majikan turut diberkas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya