Izzam Crosstown meninggal dunia  - Utusan Malaysia

Izzam Crosstown meninggal dunia 

GAMBAR kenangan Ismail Hashim (tengahi) dan pemain keyboard kumpulan Crosstown, Allahyarham Mohd. Izzamudin Shariff (dua dari kiri) yang diambil mereka empat tahun lalu.-GAMBAR IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pemain keyboard kumpulan Crosstown, Mohd. Izzamudin Shariff, 61, atau lebih dikenali sebagai Izzam meninggal dunia ketika menerima rawatan jantung di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini petang semalam.

Izzam menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.59 petang selepas dimasukkan ke HPP sejak 10 hari lalu.

Rakannya, Ismail Hashim, 50, berkata, Izzam dilaporkan menghidap penyakit jantung tahun lalu dan membuat rawatan susulan serta pembedahan di hospital sama sebelum ini.

Menurutnya, dia dimaklumkan mengenai berita kematian Izzam daripada anak sulung arwah menerusi panggilan telefon selepas selesai solat maghrib.

“Saya sedih ketika dimaklumkan mengenai berita kehilangan seorang rakan karib yang dikenali sejak tahun 1995, ketika arwah masih aktif bersama kumpulan Crosstown.

“Kali terakhir kami berjumpa sebelum dua hari arwah dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan jantung.

“Ketika itu arwah datang ke rumah saya di Perai untuk membincangkan tentang program bantuan asnaf dan penambahbaikan surau Padang Lalang di Bukit Mertajam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, jenazah Izzam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Hashim Yahaya di Jalam Perak pukul 9.30 pagi tadi.

Kumpulan Crosstown ditubuhkan pada tahun 1986 dan popular dengan lagu Pulau Pinang Kita, Jejak-jejak dan Sal pada tahun 90-an.-  UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN