Institusi kewangan mampu tangani aktiviti haram - SPRM - Utusan Malaysia

Institusi kewangan mampu tangani aktiviti haram – SPRM

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Institusi kewangan berperanan penting dalam usaha melawan penyelewengan kewangan, pengubahan wang haram dan rasuah. 

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, semua aktiviti membabitkan penyelewengan rasuah banyak terpalit kepada institusi kewangan.

Katanya, institusi kewangan sentiasa terdedah kepada penyalahgunaan dan pengubahan wang haram kerana dianggap tempat selamat untuk menyembunyikan dan menukar hasil haram. 

“Disebabkan itulah, amat penting sistem kewangan kita dilindungi daripada disalah gunakan sebagai medium yang menyalahi undang-undang. 

“Sekiranya institusi kewangan kita tercemar dengan aktiviti yang salah maka sudah pasti ia mencemar reputasi sistem sedia ada,” katanya selepas menyampaikan ucaptama secara maya sempena Majlis Perasmian Kenanga’s 4th Fraud Awareness Week (FAW) 2020 di sini hari ini. 

Yang turut hadir, Pengasas dan Penasihat Kenanga Group, Tan Sri Tengku Noor Zakiah Tengku Ismail dan Pengerusi Kenanga Investment Bank Berhad, Tan Sri Syed Zainol Anwar Ibni Syed Putra Jamalullail. 

Azam berkata, pihaknya mempunyai kaedah tersendiri untuk mengesan aktiviti rasuah namun dengan kerjasama semua pihak terutama institusi kewangan maka ia memudahkan lagi siasatan. 

“Kerjasama boleh dilakukan melalui pengetahuan dan maklumat serta laporan membabitkan aktiviti yang mencurigakan. 

“Penjenayah kewangan amat kreatif dalam mencari peluang bagi membolehkan aktiviti mereka tidak dapat dikesan dengan menyalah guna pelbagai saluran kewangan membabitkan Kemajuan teknologi semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN