Infrastruktur Kampung Budaya Terengganu mesra OKU - Utusan Malaysia

Infrastruktur Kampung Budaya Terengganu mesra OKU

MOHD. HUZAIRIL NIZAM IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Infrastruktur Kampung Budaya Terengganu di Losong dekat sini bakal ditambah baik agar lebih mesra pengunjung terutama golongan orang kurang upaya (OKU).

Pengarah Pelancongan negeri, Mohd. Huzairil Nizam Ibrahim berkata, perkara tersebut akan diberi perhatian dalam usaha menambah baik perkampungan budaya yang berkonsepkan muzium hidup itu.

Katanya, Kampung Budaya Terengganu turut menerima manfaat peruntukan RM20 juta bagi kampung-kampung budaya seperti diumumkan kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2021 kelmarin.

“Peruntukan itu membolehkan pihak pengurusan mempergiatkan aktiviti promosi di samping memperhebatkan pengisian program di perkampungan ini bagi membolehkannya muncul destinasi utama yang mesti dilawati di Terengganu.

“Pengumuman peruntukan itu sekali gus membuktikan keyakinan kerajaan Pusat terhadap Kampung Budaya Terengganu yang bukan sahaja boleh dijadikan produk pelancongan bahkan pusat sehenti bagi menghimpukan seni budaya dan warisan tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sejak dibuka secara rasmi 3 September lalu, Kampung Budaya Terengganu menerima 24,853 pengunjung dalam tempoh sebulan sehingga 4 Oktober.

Mohd. Huzairil Nizam berkata, kelulusan kerajaan untuk menaik taraf jambatan merentasi Sungai Marang di Marang bakal merancakkan lagi aktiviti pelancongan di daerah tersebut yang mempunyai pelbagai tarikan seperti Pulau Kapas, Dataran Batu Putih dan Kampung Jambu Bongkok.

Katanya, pihak jabatan akan mengambil peluang membaik pulih kemudahan pelancongan di seluruh negeri menerusi peruntukan RM50 juta dengan memberi penekanan kepada Tasik Kenyir termasuk jeti, rumah bot serta operasi, tandas di samping jelajah tasik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya