Individu pulang dari Sabah wajib jalani swab test kali kedua - Utusan Malaysia

Individu pulang dari Sabah wajib jalani swab test kali kedua

Jefny Muhammad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 121 individu dari Sabah yang dijadual tiba di Kelantan esok, diwajibkan menjalani swab test kali kedua sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19 di negeri ini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, Jefny Muhammad berkata, kesemua individu terbabit akan dikuarantin di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Pengkalan Chepa dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas.

Katanya, swab test ke atas kumpulan tersebut akan diadakan pada hari kelima mereka dikuarantin dan jika didapati negatif, mereka akan dibenarkan pulang tanpa perlu meneruskan kuarantin selama 14 hari.

“Berdasarkan maklumat penerbangan esok, seramai 121 individu melibatkan penjawat awam akan pulang ke negeri ini memandangkan sekarang musim cuti persekolahan.

“Seramai 30 petugas daripada agensi keselamatan akan menguruskan ketibaan kumpulan ini dan membawa mereka ke pusat kuarantin dengan menaiki bas-bas khas yang disediakan.

“Langkah itu perlu dilakukan memandangkan sebelum ini banyak kluster adalah melibatkan dari Sabah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat MKN bersama agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM), di sini hari ini.

Jefny dalam pada itu berkata, kumpulan terbabit sudah menjalani swab test ketika berada di Sabah namun swab test kali kedua tetap wajib dilakukan di negeri ini sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kita bimbang risiko jangkitan berlaku kepada ahli keluarga sekiranya mereka tidak melakukan swab test, tambahan pula Sabah adalah negeri tertinggi mencatat kes Covid-19.

“Sekiranya ada dalam kalangan individu ini tidak mahu menjalani kuarantin di tempat yang kita sediakan, mereka boleh duduk di tempat berbayar iaitu di Hotel Elite,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya