Ibrahim akhiri tugas Maritim Malaysia - Utusan Malaysia

Ibrahim akhiri tugas Maritim Malaysia

IBRAHIM Mohamed mengakhiri tugas di Maritim Malaysia kerana bersara wajib dan diraikan dalam satu majlis di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Ibrahim Mohamed mengakhiri tugasnya di agensi itu hari ini kerana bersara wajib.

Menurut kenyataan Maritim Malaysia, perkhidmatan Ibrahim dalam perkhidmatan awam bermula dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama 26 tahun sebelum memasuki agensi itu pada 2006.

Beliau telah menyandang pelbagai jawatan sepanjang tempoh perkhidmatan melibatkan operasi penguatkuasaan, siasatan, sumber manusia, Dasar dan Penyelarasan Eksesais Maritim sehingga beliau menjawat jawatan kedua tertinggi dalam agensi pada Ogos 2019.

“Beliau juga menyumbang banyak kejayaan kepada Maritim Malaysia khususnya dalam aspek operasi seperti Operasi Naga (Op Naga), Op Benteng dan Op Kuda Laut, selain di

lantik sebagai Timbalan Komander dalam National Task Force (NTF).

“Pelancaran Buku Maritime Domain Awareness (MDA) turut diadakan sebagai buah tangan terakhir beliau sebelum meninggalkan Maritim Malaysia,” katanya di sini.

Ibrahim diraikan dalam majlis JasaMu Dikenang serta istiadat ‘street lining’ yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, hari ini.

Majlis Serah Terima Tugas turut diadakan disaksikan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Mohd. Zubil Mat Som serta barisan pegawai dan anggota penguat kuasa Maritim seluruh negara.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kamaruszaman Hassan, menerima tugas selaku pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia mulai esok.

Majlis JasaMu Dikenang ini juga turut meraikan 14 pegawai dan anggota yang telah dan bakal bersara daripada agensi itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN