KUALA LUMPUR: Pengeluaran i-Sinar sehingga RM 10,000 akan diperluas kepada kira-kira lapan juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengeluaran dibuka kepada semua ahli tanpa mengira sama ada mereka yang hilang atau terjejas pendapatan.
Katanya, ahli yang bekerja dalam sektor formal atau tidak juga boleh memohon.
“Setiap ahli dibenarkan mengeluarkan sehingga RM10,000,” katanya hari ini -UTUSAN ONLINE-