Hutang negara RM792.9 bilion, meningkat tahun lalu - Utusan Malaysia

Hutang negara RM792.9 bilion, meningkat tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah hutang kerajaan meningkat pada tahun lalu dengan dicatatkan sebanyak RM792.9  bilion berbanding RM741 bilion pada tahun 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berkata, nisbah hutang tersebut kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada paras 52.5 peratus berbanding 51.2 peratus pada tahun 2018.

Sehubungan itu, katanya, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian (Emphasis of Matter) termasuk peruntukan pembangunan dan peruntukan pengurus yang disalurkan dalam bentuk geran kepada 11 syarikat bernilai RM3.942 bilion.

“Penggunaan wang tersebut tidak mencerminkan tatacara perakaunan dari segi audit walaupun tidak melanggar Seksyen 8 Akta Pinjaman 1972.

“Jika kerajaan mahu menyalurkan wang kepada syarikat milik kerajaan untuk membayar pinjaman, ia seharusnya direkodkan sebagai pendahuluan atau pinjaman yang boleh dituntut,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya