Hanya satu PPS masih dibuka di Melaka - Utusan Malaysia

Hanya satu PPS masih dibuka di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih apabila hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 48 mangsa masih beroperasi di daerah Jasin sehingga hari ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Gantong di Sungai Rambai yang dibuka sejak Ahad lalu kini melibatkan 11 keluarga.

“PPS SK Tehel yang sebelum ini menempatkan 128 mangsa telah ditutup sepenuhnya kira-kira pukul 2 petang ini selepas keluarga terakhir dibenarkan pulang ke rumah mereka,” katanya.

Semalam, jumlah mangsa banjir di negeri ini mencatatkan 69 mangsa sebelum 21 lagi penduduk pulang secara berperingkat ke rumah masing-masing sejak pagi ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya