Hakisan: Rumah berisiko runtuh - Utusan Malaysia

Hakisan: Rumah berisiko runtuh

KEADAAN hakisan sungai mengakibatkan tanah mendap berhampiran dapur rumah Haziq Abdul Rahman di Kampung Pondoi, Tampin, Negeri Sembilan. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang penduduk di Kampung Pondoi dekat sini hidup dalam ketakutan selepas kediaman yang didia­minya sejak dua tahun lalu berdepan risiko runtuh susulan hakisan sungai berhampiran.

Haziq Abdul Rahman, 29, berkata, dia dan isteri tidak dapat tidur lena, lebih-lebih lagi jika hujan lebat, kerana bimbang bahagian tanah dekat sungai itu membentuk lubang besar.

Malah dia juga tidak menolak kemungkinan hakisan berkenaan yang dikesan Jumaat lalu akan menjadi semakin buruk memandangkan aliran air ketika waktu hujan lebat menjadi laju dan deras.

“Jumaat lalu kira-kira pukul 9 malam, rumah kami dilanda banjir kilat. Air mulai surut sekitar pukul 1 pagi. Namun pada masa itu saya masih belum mengetahui keadaan haki­san berhampiran pagar rumah.

“Keesokan hari barulah saya sedar hakisan sungai sudah menghampiri pagar dan hanya menunggu masa untuk runtuh. Banyak juga bahagian tanah yang mendap sehingga menyebabkan lubang besar,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Haziq memohon pihak bertanggungjawab untuk segera melakukan kerja-kerja baik pulih memandangkan kediamannya bakal terjejas jika tiada tindakan segera diambil.

“Sekarang musim hujan. Sudah seminggu aliran sungai diluruskan melalui satu projek. Mungkin disebabkan itu aliran air jadi laju sehingga menyebabkan hakisan di tembok rumah saya,” katanya.

Sementara itu seorang lagi penduduk, Dahalan Sulaiman, 42, berkata, kejadian banjir kilat sehingga menyebabkan hakisan sungai adalah yang pertama kali berlaku di perkampungan berkenaan.

“Kami terkejut melihat haki­san sungai agak teruk. Malah bahagian tebing tanah juga mungkin sudah tidak selamat dan berisiko, kami berharap agar ada penyelesai­an baik bagi masalah ini,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya