Habis duit dikelentong bomoh ekor - Utusan Malaysia

Habis duit dikelentong bomoh ekor

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Gembira bukan kepalang apabila dimaklumkan memenangi nombor ekor bernilai RM1.8 juta, namun akhirnya kerugian RM15,452 akibat ditipu bomoh tilik.

Kejadian bermula selepas seorang pengganggur berusia 45 tahun di Mentakab dekat sini melayari laman sosial Facebook untuk mencari bomoh nombor ekor yang handal.

Lelaki tersebut lantas menghubungi bomoh berkenaan untuk urusan menilik dan dimaklumkan memenangi cabutan bertuah nombor ekor kuda bernilai RM1.8 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa diminta memasukkan wang ke dalam akaun milik individu tidak dikenali untuk proses mengeluarkan duit kemenangan.

“Mangsa memasukan wang ke dalam dua akaun milik individu berlainan melalui tujuh transaksi.

“Selepas mangsa selesai memasukan RM15,462 melalui tujuh transaksi, suspek meminta lagi RM10,800 untuk bayaran yuran peguam dan menyebabkan lelaki itu menyedari tertipu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Mentakab dekat sini semalam dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN