Guna pencuci lantai ganti penyah kuman tangan - Utusan Malaysia

Guna pencuci lantai ganti penyah kuman tangan

OPERASI Pematuhan PKPP dengan kerjasama pelbagai agensi dilaksanakan di sekitar Jempol, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Lima individu dikenakan kompaun termasuk bagi kesalahan menggunakan pencuci lantai sebagai penyah kuman tangan dalam Op Pemantauan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijalankan di sekitar daerah ini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, empat lagi kesalahan lain yang dikesan ialah tidak memakai pelitup muka, tidak mendaftar masuk ke dalam premis perniagaan, tidak menyediakan buku daftar pelanggan dan tidak menghadkan pelanggan masuk ke dalam premis.

“Lima kesalahan berkenaan dikesan oleh pegawai dan anggota yang melakukan operasi di sekitar Bahau, Bandar Seri Jempol dan Batu Kikir.

“Antara lima yang dikompaun ini termasuklah pekerja yang gagal menulis nama atau mySejahtera sebelum memulakan tugas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kelima-lima individu tersebut telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.

Sementara itu, menurut Mohd. Hafiz, operasi tersebut diadakan setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam membabitkan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah, Majlis Perbandaran Jempol dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

“Operasi berkenaan dijalankan secara berterusan dengan kerjasama serta penglibatan pelbagai agensi bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya