Giliran MP Kepong dihalau keluar, digantung 5 hari - Utusan Malaysia

Giliran MP Kepong dihalau keluar, digantung 5 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sekali lagi isu berkaitan ‘takut mati’ menjadi kekecohan dalam persidangan Dewan Rakyat pagi ini.

Kali ini giliran Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng  digantung selama lima hari selepas menyifatkan keputusan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azalina Othman Said semalam sebagai keputusan bodoh.

Yang Dipertua Dewan Rakyat , Datuk Azhar Azizan Harun kemudian mengarahkan beliau keluar  selepas Lip Eng mengeluarkan kenyataan tersebut.

Lip Eng bagaimanapun enggan keluar sehingga  menyebabkan  Azhar berang dan mengancam meminta bantuan polis jika beliau  masih berdegil.

“Kamu keluar. Jika tidak saya panggil polis,” katanya.

Lip Eng turut mendakwa Azhar cuba melindungi Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri  Tiong King Sing.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya