Gelang 'pink' milik kakitangan kesihatan - Utusan Malaysia

Gelang ‘pink’ milik kakitangan kesihatan

Gelang merah jambu dipercayai ditemukan di tepi jalan hadapan sebuah kedai di Desara Utama, Kota Tinggi. Gambar: Media Sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Satu gelang merah jambu yang ditemukan berhampiran sebuah kedai di Desaru Utama, Kota Tinggi yang tular di media sosial kelmarin adalah milik seorang anggota kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Tinggi.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, pihak PKD turut mengesahkan bahawa gelang tersebut bukan dimiliki oleh orang kena perintah (OKP) Covid-19.

“Pihak PKD Kota Tinggi telah menjalankan siasatan ke atas aduan satu gelang berwarna merah jambu berhubung perkara tular itu.

“Hasil siasatan mendapati gelang pengawasan itu adalah milik seorang anggota kesihatan di PKD Kota Tinggi yang telah menjalani ujian Covid-19 bagi tujuan untuk bertolak ke Sabah dan secara tidak langsung telah dipakaikan gelang pengawasan.

“Pemakaian gelang semata-mata untuk ujian Covid-19 adalah tidak diperlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian susulan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini berkaitan gelang merah jambu ditinggalkan di tepi jalan.

Dr. Aman berkata, pihak PKD Kota Tinggi sentiasa melaksanakan pemantauan terhadap kesemua OKP di negeri ini.

Tambahnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan tiada penguatkuasaan dijalankan ke atas kesilapan yang berlaku.

“PKD Kota Tinggi juga telah menjalankan operasi OPS Home Surveillance di Zon Tenggara, Kota Tinggi dan Pengerang dengan kerjasama PDRM untuk memantau kepatuhan OKT yang tidak memakai Gelang di zon berkenaan dalam tempoh kuarantin bermula 19 November hingga 2 Disember depan.

“Hasil pemantauan mendapati kesemua OKP patuh dengan perintah kuarantin dan gelang pengawasan masih dipakai,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya