Gajah liar musnah tanaman penduduk ditangkap - Utusan Malaysia

Gajah liar musnah tanaman penduduk ditangkap

GAJAH jantan liar yang ditangkap di Kampung Darat Teladas, Air Putih di Kemaman, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor gajah liar di Kampung Darat Teladas, Air Puteh di sini, kelmarin.

Pengarahnya, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, gajah jantan liar dengan ukuran tapak kaki 13.5 inci itu ditangkap ketika mencari makan di kawasan ladang kira-kira pukul 4.30 petang.

“Tangkapan gajah ini dibuat susulan aduan penduduk kampung pada Jumaat lalu.

“Kita sentiasa mengutamakan keselamatan penduduk dan operasi akan terus diadakan bagi memastikan haiwan liar ini tidak terus mengganggu mereka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Abdul Malek berkata, kerja-kerja pemindahan gajah itu ke habitat asal akan dilakukan dalam masa terdekat.

Pada 11 Oktober lalu, Utusan Malaysia melaporkan keluhan 50 penduduk Kampung Darat Teladas yang terpaksa menanggung kerugian hampir RM60,000 selepas tanaman kelapa sawit mereka musnah diserang kumpulan gajah liar.

Kejadian itu sekali gus meleburkan impian mereka untuk menikmati hasil pulangan apabila kira-kira 200 batang pokok kelapa sawit yang matang dan boleh dituai, rosak teruk.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya