Gajah liar: Lapor segera kepada Perhilitan - Utusan Malaysia

Gajah liar: Lapor segera kepada Perhilitan

KUMPULAN gajah dilihat melintasi jalan menuju ke Ladang Projek Pertanian Moden Kluang, Batu 16, Kluang. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Orang ramai yang terserempak dengan gajah liar yang dipercayai masih berada di sekitar Ladang Projek Pertanian Moden Kluang, Batu 16 dekat sini agar segera menghubungi pihak Perhilitan negeri.

Ini susulan gambar yang tular dalam media sosial menunjukkan kumpulan gajah liar dipercayai dari Taman Negara Endau-Rompin melintasi jalan menuju ladang berkenaan yang mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira 50 ekor gajah liar yang dipercayai daripada kumpulan di Taman Negara Endau-Rompin disahkan melintasi Jalan Kluang-Mersing pada 4 November lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya