Empat tentera semut ditahan seludup ketum  - Utusan Malaysia

Empat tentera semut ditahan seludup ketum 

MULKIAMAN Manzar (dua dari kanan) bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menunjukkan sebahagian rampasan daun ketum di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Kegiatan penyeludupan daun ketum ke Thailand didalangi empat lelaki disyaki ‘tentera semut’ tumpas apabila mereka ditahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kem Sahara di sebuah ladang getah di Durian Burung dekat sini semalam.

Empat lelaki berusia antara 22 hingga 27 tahun ditahan bersama 13 guni berisi daun ketum seberat 379 kilogram (kg) dianggarkan bernilai lebih RM4,000 kira-kira pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar berkata, suspek terdiri daripada tiga warga tempatan dan seorang warga Thailand yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Mereka disyaki mahu menyeludup daun ketum itu ke Thailand dengan menggunakan motosikal yang mana warga Thailand dipercayai berperanan sebagai pemandu arah ke lorong tikus,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap di Kuala Nerang di sini hari ini.

Kata beliau, semua suspek dipercayai mengambil upah sebanyak RM50 bagi setiap guni yang diseludup ke negara jiran setiap kali mendapat permintaan.

“Mereka disyaki melakukan kegiatan penyeludupan daun ketum ini menggunakan motosikal sejak enam bulan lalu.

“Kumpulan penyeludup ini juga kerap menukar tempat dan masa untuk melakukan penyeludupan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” ujarnya.

Tambah beliau, semua suspek yang tidak bekerja melakukan kegiatan berkenaan untuk menyara kehidupan.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara empat tahun, jika sabit kesalahan.

“Suspek warga Thailand yang tiada dokumen pengenalan diri akan dikenakan pertuduhan tambahan di bawah Akta Imigresen,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya