Empat identiti dikenal pasti - Utusan Malaysia

Empat identiti dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis mengesahkan dua daripada empat individu yang terlibat dalam kemalangan helikopter membabitkan dua helikopter berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Melawati di sini hari ini.

Mereka yang maut iaitu bekas Tentera Laut Diraja Malaysia, Komander (B) Mohd Sabri Baharon, 56, dan Mohd. Irfan Mohamed Rawi.

Dua lagi mangsa yang terselamat iaitu dipercayai Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Airlines, Datuk Ahmad Jauhari Yahya,66, dan seorang wanita Tan Chai Eian,56.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata,  siasatan awal mendapati, mereka berlepas dari Subang ke Genting Sempah mengunakan perkhidmatan helikopter daripada syarikat penerbangan sama iaitu My HeliClub.

“Siasatan awal mendapati, dua helikopter terbabit terlibat pelanggaran di udara sebelum terhempas dan punca kejadian masih dalam siasatan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) 

“Jenazah dua mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Mohamad Farouk, helikopter pertama dipandu Ahmad Jauhari manakala Mohd Sabri merupakan juruterbang pesawat kedua.

“Setakat ini, siasatan dibuka di bawah SDR (kematian mengejut),” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN