Empat chalet di Pulau Aur musnah dijilat api - Utusan Malaysia

Empat chalet di Pulau Aur musnah dijilat api

EMPAT buah chalet di Pulau Aur, Mersing, Johor musnah dalam satu kebakaran semalam. - FOTO BOMBA JOHOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Empat chalet musnah dijilat api dalam satu kebakaran yang berlaku di Pulau Aur di sini semalam.

Bagaimanapun kejadian yang berlaku pada pukul 1.28 petang itu, tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana ketika itu tiada berpenghuni di chalet tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataan memaklumkan, kebakaran melibatkan tiga chalet jenis separuh kekal manakala sebuah unit lagi dijadikan sebagai rumah pekerja dan dewan serbaguna.

Katanya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing dengan kekuatan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) telah dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Selain itu, pihak bomba turut membawa satu unit ‘portable pump’ dengan menaiki bot polis marin untuk ke Pulau Aur.

“Pihak bomba juga menggunakan air laut semasa memadam kebakaran dan keempat-empat chalet tersebut terbakar 90 peratus. Kebakaran itu kemudian berjaya dipadam dan operasi tersebut tamat pada pukul 6.15 petang manakala punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, para penduduk kampung pulau itu berusaha memadam dan mengawal kebakaran menggunakan alat pemadam api dan air laut sebelum menghubungi bomba. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya