El Isaac Yamani pilihan Jamal Abdillah - Utusan Malaysia

El Isaac Yamani pilihan Jamal Abdillah

JAMAL Abdillah bersama El Isaac Yamani, anak keempatnya yang baharu dilahirkan petang tadi di sebuah hospital di Ipoh, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bergelar bapa di usia 61 tahun, Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah tidak dapat menggambarkan kegembiraannya dengan kata-kata.

Malah, saat mendukung buat kali pertama anak keempatnya, Jamal mengakui hatinya sebak dan terkedu melihat bayi yang diberi nama El Isaac Yamani itu.

“Memang susah nak cakap perasaan saya bila nampak bayi itu. Terharu, sedih dan bersyukur semua ada dalam hati saya.

“Alhamdulillah, bayi dan ibunya dalam keadaan sihat serta stabil. Saya pun bersyukur sangat di usia ini, Allah kurniakan anugerah terindah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

El Isaac merupakan anak kedua Jamal bersama isteri, Datin Zai Izzati yang sebelum ini melahirkan anak perempuan mereka, Azura.

Bercakap soal proses menjaga isteri hamil dan kelahiran dalam keadaan pandemik ini, Jamal berkata, dia membawa isteri pulang ke Ipoh untuk memudahkan proses bersalin dan dalam pada masa sama, boleh menguruskan perniagaannya di situ.

“Sebelum ini isteri melahirkan anak di Shah Alam tetapi kali ini, saya bawa pulang ke Ipoh. Lebih mudah sebab saya juga ada perniagaan di sini,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya