Ekonomi Johor 2021 dijangka bertumbuh antara 6.6 dan 7.6 peratus  - Utusan Malaysia

Ekonomi Johor 2021 dijangka bertumbuh antara 6.6 dan 7.6 peratus 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI : Johor dijangka dapat mencapai pertumbuhan ekonomi pada kadar 6.6 peratus hingga 7.6 peratus pada 2021.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, kadar pertumbuhan berkenaan bergantung kepada lima faktor antaranya iaitu kecekapan negeri dalam mengekang gelombang pandemik baharu daripada berlaku, pembukaan ataupun penutupan berterusan sempadan antarabangsa dan pemulihan ekonomi Singapura. 

“Selain itu prestasi ekonomi negara rakan dagang Johor dan terakhir sekali adalah dasar serta suntikan baharu dari Kerajaan Persekutuan.

“Kesemua ini membentuk satu latar dan asas yang memaparkan kepentingan dan kegentingan Belanjawan Johor 2021. Berbekalkan muafakat dan kesungguhan kita bersama, saya percaya bahawa Johor boleh mencapai pertumbuhan ekonomi sekitar 6.6 hingga 7.6 peratus pada 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2021 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Menurut Hasni, pemulihan ekonomi Johor akan dipacu oleh tiga agenda yang menjadi katalis kepada usaha pemulihan dan ketahanan ekonomi.

“Ia adalah Agenda Keselamatan Makanan Johor, Agenda Johor dan penubuhan Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) di Singapura,” katanya.

Dalam pada itu, Hasni memaklumkan, Belanjawan Johor 2021 akan dipandu tiga objektif utama sebagai usaha memberi bantuan dan pengupayaan kepada semua rakyat dalam menempuh tempoh getir ancaman pandemik Covid-19 dan kelembapan ekonomi. 

Katanya, tiga objektif itu ialah menjamin ketahanan dan kelangsungan ekonomi, memperkasa dan memberdaya tahan kebajikan rakyat Johor serta menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Johor. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya