ECRL: Kerajaan negeri kekal pilih Jajaran C - Utusan Malaysia

ECRL: Kerajaan negeri kekal pilih Jajaran C

NG SZE HAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Kerajaan negeri kekal dengan pendirian memilih jajaran C yang melalui Kuala Langat hingga ke Pelabuhan Barat untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han berkata, buat masa ini pihaknya melihat pemilihan jajaran berkenaan adalah paling tepat. 

Menurutnya, kerajaan persekutuan telah mengemukakan tiga jajaran ECRL kepada kerajaan negeri.

“Jajaran berkenaan melibatkan laluan dari Bentong, Gombak (ITT Gombak), Serendah dan Pelabuhan Klang (Jalan Kastam). 

“Jajaran Seksyen C pula adalah laluan dari Mentakab, Simpang Pelangai, Kuala Kelawang, Nilai, Putrajaya, Sri Cheeding, Pulau Carey dan Pelabuhan Barat. 

“Jajaran Asal Pindaan (atau ECRL 3.0) iaitu jajaran asal yang dipinda laluannya iaitu dari Bentong ke Gombak (ITT Gombak) hingga Serendah melalui hutan simpan (laluan terowong) seterusnya Pelabuhan Klang (Jalan Kastam),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. 

Terdahulu, Elizabeth membangkitkan isu berkaitan pembangunan lestari yang akan memberi kesan ke atas alam sekitar iaitu mengenai pelaksanaan projek ECRL oleh kerajaan persekutuan di sebahagian kawasan di Selangor khususnya melibatkan kawasan-kawasan sensitif seperti Permatang Kuartza, Kampung-kampung tradisi, Perkampungan Orang Asli, taman-taman perumahan, kawasan perhilitan dan tadahan air. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya