Ebit Lew kagum sikap amanah Ayob Khan - Utusan Malaysia

Ebit Lew kagum sikap amanah Ayob Khan

AYOB Khan Mydin Pitchay (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ustaz Ebit Lew. -Gambar Facebook Ebit Liew
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ustaz Ebit Lew amat mengagumi dan menghormati sikap amanah Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam memikul tanggungjawab sebagai Ketua Polis Johor.

Menurut Ebit Lew, sikap yang ditonjolkan Ayob Khan telah menjadi idola dan ikutan ramai anak muda pada masa kini.

“Saya sebenarnya yang kagum dan amat hormat pada beliau kerana semangat dan perjuangan jauh lebih besar daripada apa yang saya lakukan. 

“Selain itu, saya amat hormat kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang banyak berjuang kepada negara,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Semalam, Ebit Lew melakukan kunjungan hormat kepada Ayob Khan selepas memberikan penghormatan terakhir Konstabel Nicholester Dadup Unggat yang terkorban ketika mengejar penjenayah.

Dalam pada itu, Ebit Lew mendoakan kepada Allah agar Ayob Khan dan seluruh anggota polis dipelihara daripada segala bahaya.

Katanya lagi, beliau amat terharu dan sebak terlalu gembira kerana akhirnya sangat dapat jumpa dengan Ayob Khan. 

“Beliau baik dan sangat rendah diri orangnya. Malah mempunyai sifat tegas dan prinsip perjuangannya. 

“Ayat paling sayu dan buat saya teringat-ingat apabila Datuk cakap Insya Allah ustaz, pasti kita akan berjaya bawa kebaikan ini walau sedikit-sedikit,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN