e-Karnival UMK tawar 200 peluang pekerjaan - Utusan Malaysia

e-Karnival UMK tawar 200 peluang pekerjaan

Dr. Zaliman Sauli (dua kanan) bersama kakitangan Perkeso dan pensyarah UMK menjayakan E-karnival Penjana Perkeso di UMK Kampus Bachok, Kelantan, hari ini.-UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Sebanyak 200 jawatan kosong ditawarkan 12 industri yang mengambil bahagian dalam program temuduga terbuka secara atas talian sempena e-Karnival Penjana Perkeso dan My Career @Mohe 2020 Zon Timur

Program anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu bermula sejak 23 November dan berakhir esok.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, program e-Karnival kali ini merupakan edisi kedua dan berlangsung dengan kerjasama dengan JobsMalaysia Kelantan.

Menurutnya, program itu sepatutnya dijalankan secara bersemuka pada Oktober lalu, namun ancaman pendemik Covid-19 membuatkan pihak universiti menukarnya menjadi program dalam talian selama tiga hari berturut-turut.

“UMK dan Perkeso mengambil inisiatif melaksanakan program ini bagi membantu kerajaan mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja tempatan di samping mengurangkan kadar penggangguran dalam kalangan graduan.

“Program ini mampu membantu bakal graduan mendapatkan akses maklumat berkaitan kerjaya dan peluang pekerjaan serta maklumat berkaitan penempatan latihan industri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dr. Zaliman berkata, program ini juga memberi kesedaran mengenai hala tuju kerjaya serta bimbingan semasa di universiti di samping memberi peluang kepada belia yang mempunyai kemahiran, separa mahir atau tidak mahir memperoleh pekerjaan bersesuaian.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya