DUN Pahang lulus lima ADUN dilantik - Utusan Malaysia

DUN Pahang lulus lima ADUN dilantik

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini meluluskan pindaan Perkara 18 Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang bagi mewujudkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik tanpa melalui pilihan raya. 

Cadangan itu dikemukakan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan disokong oleh Rosli Abdul Jabbar (Pas-Tanjung Lumpur). 

Bagaimanapun, cadangan itu mendapat tentangan wakil rakyat pembangkang yang bertindak keluar dewan bagi membantah keputusan tersebut. 

Wan Rosdy berkata, jumlah dicadangkan tidak lebih lima orang, menjadikan keseluruhan ADUN seramai 47 orang, termasuk 42 wakil rakyat sedia ada yang dipilih menerusi proses pilihan raya. 

Menurutnya, pindaan dicadang bagi pelantikan ADUN dilantik bukanlah sesuatu luar biasa. 

“Sebelum inipun, kerajaan-kerajaan Sabah dan Terengganu, telah pun melaksanakannya. Kerajaan Pahang dengan itu, hanya menuruti dengan izin, ‘precedent’ atau pemula, yang telah dilakukan oleh kedua-dua negeri tersebut. 

“Secara kronologinya, pindaan ini telah diangkat ke mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 22 Julai lalu, yang kemudian memberi persetujuan supaya ia diperhalusi oleh Penasihat Undang-undang Negeri,” katanya. 

Jelasnya, pelantikan ADUN dilantik akan dapat meluaskan perkhidmatan kerajaan negeri kepada rakyat terutama dalam situasi politik dan sosio-ekonomi yang mencabar akibat penularan wabak Covid-19 yang belum pasti kesudahannya.       

“ADUN dilantik tentunya akan dibuat dalam kalangan mereka yang berkaliber dan berkemahiran tertentu, dengan ini dapat berganding bahu bersama wakil rakyat sedia ada untuk menyumbangkan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat di negeri ini,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya