Dua remaja menyamar polis, peras ugut ditahan - Utusan Malaysia

Dua remaja menyamar polis, peras ugut ditahan

Shamsul Amar Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan dua lelaki menyamar anggota polis dan memeras ugut seorang lelaki warga asing mengundang padah apabila mereka ditahan selepas satu jam melakukan perbuatan itu di Pulau Indah dekat sini kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia 20 dan 23 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Persiaran Botanik Klang di sini kira-kira pukul 10.30 malam.

Difahamkan jarak lokasi mengejar dari Pulau Indah ke Persiaran Botanik kira-kira 18 kilometer. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam apabila dua lelaki tersebut menyamar sebagai polis dan memeras ugut RM300 daripada seorang lelaki warga Bangladesh yang merupakan pelanggan sebuah restoran. 

Menurutnya, ketika kejadian, kedua-dua suspek telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dengan menunjukkan sekeping kad berwarna putih.

“Pemerasan ini adalah sebagai balasan tidak menangkap lelaki warga Bangladesh terbabit. Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis berjaya mengesan kedua-dua suspek menaiki kereta jenis Proton Persona di kawasan Pulau Indah pada malam kejadian.

“Namun, mereka cuba melarikan diri dengan memecut laju tetapi dapat ditahan di Persiaran Botanik selepas kenderaan dinaiki suspek terbabas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Dalam pada itu, susulan penahanan kedua-dua suspek, pihaknya berjaya merampas pelbagai barangan termasuk sehelai t-shirt hitam tertera tulisan ‘GERAK KHAS’ dan radio walkietalkie. 

“Semakan juga mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menyamar sebagai penjawat awam,” katanya. -UTUSAN-ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya