Dua mayat mangsa runtuhan tanah ditemukan - Utusan Malaysia

Dua mayat mangsa runtuhan tanah ditemukan

ANGGOTA bomba menemukan mayat mangsa tanah runtuh sebuah resort pelancongan di Tambun, Ipoh hari ini. - GAMBAR IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mayat dua mangsa tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah di sebuah resort pelancongan terkenal di Tambun berjaya ditemukan pada pukul 9.55 pagi ini.

Mangsa pertama yang dijumpai dikenali Ooi Chee Wei, 39, manakala wanita dipercayai pasangannya, Lee Tze Juin, 32, ditemukan lima minit kemudian.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata, kedua-dua mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat di bahagian jakuzi villa berkenaan yang ditimpa runtuhan tanah.

Goh Boon Keng

Katanya, kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di tempat kejadian.

“Pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian tanah runtuh daripada pemilik resort tersebut pada pukul 2.15 pagi di mana dipercayai terdapat mangsa terperangkap di dalamnya.

“Operasi mencari dan menyelamat dilakukan serta-merta namun terpaksa dihentikan ekoran terdapat pergerakan tanah di lokasi kejadian sebelum disambung semula pada pukul 7 pagi ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya