Dua lelaki ‘viral’ samun wanita diberkas - Utusan Malaysia

Dua lelaki ‘viral’ samun wanita diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan di sebuah farmasi dan restoran di sekitar Gombak dekat sini kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia 31 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah lobi di Jalan Pudu di sini oleh sepasukan polis Ibu pejabat Polis Daerah Wangsa Maju serta dibantu Cawangan D4, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Katanya, suspek pertama didapati mempunyai 21 rekod jenayah dan dadah manakala suspek kedua dikehendaki bagi penyalahgunaan dadah dan lima kes jenayah.

“Suspek juga mengaku terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di sekitar Sentul dan Setapak.

“Kita juga merampas baju dan seluar yang dipakai suspek dalam video tular itu. Hasil keterangan juga mendapati barangan kemas yang disamun telah jual kepada pihak lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular tiga video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian samun di sebuah farmasi dan kedai makan di sekitar Jalan Gombak.

Dalam pada itu, menurut Rajab Ahad, dalam kejadian kira-kira pukul 8.47 malam itu, mangsa dikatakan sedang membuat pembayaran di kaunter farmasi terbabit 

Jelasnya, suspek berjaya melarikan dua rantai emas dipakai mangsa yang dianggarkan bernilai RM10,000 sebelum menumbuk muka wanita itu dan meloloskan diri.

“Kedua-dua suspek memakai pelitup muka dan siasatan lanjut mendapati mereka melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN