Dua kontraktor, lima pekerja ditahan kes cemar sungai - Utusan Malaysia

Dua kontraktor, lima pekerja ditahan kes cemar sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis menahan dua kontraktor dan lima pekerja bagi membantu siasatan kejadian tumpahan minyak diesel sehingga mengakibatkan pencemaran Sungai Muda di Jeniang, Sik dekat sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dua kontraktor yang ditahan itu berusia 27 dan 38 tahun serta seorang penyelia tapak berusia 36 tahun.

“Turut ditahan empat buruh Indonesia berusia antara 32 hingga 38 tahun dan kesemua mereka ditahan di lokasi kejadian semalam. Mereka direman selama enam hari bermula hari ini,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, penahanan tujuh suspek terbabit dibuat susulan laporan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah berhubung pencemaran air di Loji Rawatan Air Jeniang akibat tumpahan diesel di Sungai Muda kira-kira pukul 4 petang, Khamis lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya