Dua kereta dipercayai ‘sengaja’ dibakar - Utusan Malaysia

Dua kereta dipercayai ‘sengaja’ dibakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua kenderaan jenis Mercedes-Benz dan Toyota Vios yang diletakkan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Putramas 1 di sini musnah terbakar hari ini dipercayai akibat perbuatan khianat.

Kebakaran kira-kira pukul 4.30 pagi itu disedari penghuni kondominium berdekatan sebelum melaporkan pada pihak bomba.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy Chinniah berkata, siasatan pihak bomba mendapati terdapat kesan simbahan petrol di kedua-dua kenderaan berkenaan.

Katanya, terdapat unsur-unsur fizikal lain yang disyaki turut digunakan dalam kebakaran terbabit.

“Pemeriksaan terhadap nombor pendaftaran kenderaan terbabit tidak menemukan sebarang rekod lampau.

“Tempat kejadian juga tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah S. Shanmugamoorthy, setakat ini pemilik kenderaan belum tampil membuat laporan.

Jelasnya, nilai kerugian masih belum dapat dipastikan dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya