Dua didakwa rogol rakan kerja - Utusan Malaysia

Dua didakwa rogol rakan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita 2 Oktober lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Wan Mohd. Haziq Wan Harun dan Muhammad Aiman Haris Mohamad Safari, masing-masing berusia 22 dan 20 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.

Mengikut pertuduhan, Wan Mohd. Haziq yang bekerja di sebuah pasar raya di Klang didakwa merogol seorang wanita berusia 22 tahun yang merupakan rakan sekerja tanpa kerelaannya.

Sementara itu, Muhammad Aiman Haris merupakan rakan serumah dan sekerja suspek pertama didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa yang sama tanpa kerelaannya.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Kenangan Meru antara pukul 8 hingga 10 malam, 2 Oktober lalu.

Wan Mohd. Haziq didakwa mengikut Seksyen 376 (1) manakala Muhammad Aiman Haris pula di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan masing-masing membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya