Dituduh merogol, Dai Syed buat laporan polis - Utusan Malaysia

Dituduh merogol, Dai Syed buat laporan polis

Daie Said membuat laporan polis berikutan dakwaan pemilik akaun Twitter @ainunnnajwa yang menfitnahnya merogol seorang gadis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pendakwah selebriti, Dai Syed membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Twitter, @ainunnnajwa yang didakwa memfitnahnya merogol seorang gadis.

Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, 25,  mengakui kesal dengan dakwaan tidak berasas itu selain menyifatkan apa yang berlaku ini sebagai fitnah paling buruk sepanjang kariernya.

“Tuduhan itu terlalu berat dan menjatuhkan maruah serta reputasi saya. Saya terkejut dengan tuduhan itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah paling buruk yang pernah saya hadapi selama menjadi pendakwah.

“Saya memandang serius perkara ini dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut kerana dakwaan itu mencemarkan nama baik saya.

“Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia mencalarkan maruah saya dan keluarga. Saya anggap kontroversi ini sebagai dugaan dalam saya menjalankan tanggungjawab untuk menyalurkan mesej Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya