Ditahan bela 28 burung spesies dilindungi - Utusan Malaysia

Ditahan bela 28 burung spesies dilindungi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menahan seorang lelaki kerana memiliki 28 ekor spesies burung yang dilindungi tanpa kebenaran.

Pengarah Perhilitan negeri, Yusoff Sharif berkata, lelaki berkenaan ditahan di rumahnya di Tanjung Piandang dekat sini kelmarin.

Menurutnya, lelaki tersebut didapati membela 28 ekor burung daripada tiga spesies di rumahnya iaitu 23 ekor ruak-ruak, dua ekor belibis dan tiga ekor burung ayam-ayam.

“Ketika diperiksa di rumahnya, lelaki berusia 42 tahun itu gagal mengemukakan dokumen yang sah bagi membela dan memiliki hidupan liar.

“Dia ditahan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Kerian untuk siasatan di bawah Akta 716 Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana menyimpan hidupan liar tanpa kebenaran sah daripada Perhilitan,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Perhilitan Selama dekat sini semalam.

Beliau memberitahu, jika disabitkan kesalahan, lelaki itu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya