Dewan Rakyat bersidang 10 pagi hingga 2 petang mulai 9 November hingga 15 Disember

Dewan Rakyat bersidang 10 pagi hingga 2 petang mulai 9 November hingga 15 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat akan bermula dari pukul 10 pagi sehingga pukul 2 petang bermula Isnin depan sehingga Selasa 15 Disember.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan Mesyuarat Penyelarasan Urusan Dewan Rakyat berikutan penularan Covid-19 dengan persetujuan semua Ketua Whip.

Katanya, sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada hari Isnin dan Rabu ialah selama sejam dari pukul 10 sehingga 11 pagi manakala hari Selasa dan Khamis sesi pertanyaan bagi jawab lisan ialah selama 55 minit dari pukul 10.05 pagi hingga pukul  11 pagi.

“Waktu pertanyaan menteri pula akan dilaksanakan setiap Selasa dan Khamis selama lima minit dari pukul 10 pagi. Yang Berhormat akan membacakan soalan beliau dan Menteri akan menjawab secara bertulis pada hari yang sama. Soalan dan jawapan akan disiarkan di portal Parlimen.

“Bagi perbahasan di peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2021 selama lapan hari iaitu pada Isnin 9 November hingga Khamis 19 November. Jawapan menteri di peringkat dasar kekal selama tiga hari iaitu pada Isnin 23  sehingga 25 November,” katanya menerusi teks pemasyhuran yang dibacakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd. Rashid Hasnon hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya