Derita suami penghidap kanser usus - Utusan Malaysia

Derita suami penghidap kanser usus

NOOR Izwanie Mohd. Nordin bersama suaminya, Mohd. Badurzzaman Mohd. Yusof yang menghidap kanser usus ketika ditemui di rumahnya di Taman Saujana, Pontian, Johor semalam. – UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kemanisan perkahwinan yang mencecah dua tahun bagai direntap apabila mengetahui suami dicintai di samping tempat bergantung harapan disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

Demikian kenyataan yang terpaksa ditempuh oleh Noor Izwanie Mohd. Nordin, 29, apabila mengetahui suaminya, Mohd. Badurzzaman Mohd. Yusof, 26, menghidapi penyakit tersebut pada Ogos lalu.

Katanya, penyakit tersebut disedari apabila suaminya se­ring sakit perut sebelum mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta yang kemudian memaklumkannya ia hanya sakit gastrik.

Menurutnya, namun keada­an makin teruk sehingga menyebabkan majikan Mohd. Badurzzaman bertindak menghantar lelaki itu melakukan pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Kempas.

“Pemeriksaan lanjut melalui ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) mula mendapati ada batu karang di bahagian pinggang tetapi sebenarnya ada ketumbuhan pada usus.

“Bagai tidak percaya apabila diberitahu oleh doktor bahawa suami saya menghidapi penya­kit kanser usus tahap empat,” katanya kepada Utusan Malaysia di rumahnya di Taman Saujana di sini semalam.

Tambah Noor Izwanie, suaminya yang berkerja sebagai Ketua Jabatan Pengeluaran sebelum ini mempunyai pendapatan sebanyak RM3,500 sebulan termasuk elaun.

“Sejak dia terlantar sakit pada bulan lalu dan diberikan cuti sakit, dia diberikan gaji pokok sebanyak RM1,900.

“Mujur saya masih beker­ja dan pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan bagi membayar pinjaman rumah seba­nyak RM400, pinjaman kereta RM450 sebulan dan menyara seorang cahaya mata perempu­an ber­usia setahun,” katanya

Menurutnya, Mohd. Badurz­zaman dan anak, Nuraisya Rania akan dijaga ibunya, Salina M. Amin yang tinggal bersama ketika dia pergi bekerja.

Jelas wanita itu, suaminya akan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 1 Di­sember ini untuk pemeriksaan lanjutan dan berharap perkembangan terbaik bagi penyakit dihidapinya itu.

“Saya juga akan mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal bagi menampung kos rawatan yang mungkin bertambah pada masa akan datang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya