Dendam Anwar tidak sokong jadi PM - Utusan Malaysia

Dendam Anwar tidak sokong jadi PM

MUHAMMAD JAILANI KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Melaka mendakwa tuntutan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap organisasi itu dalam Belanjawan 2021 hanya kerana dendam kesumat terhadap pihak yang tidak menyokong beliau menjadi Perdana Menteri.

Pengerusinya, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, kritikan itu tidak melambangkan kebijaksanaan dan kematangan Anwar yang telah sekian lama berada dalam landskap politik negara.

Menurut beliau, semua pihak tidak sepatutnya membiarkan mereka dijadikan modal politik oleh segelintir pemimpin yang menjadikan agenda peribadi sebagai teras perjuangan dengan mengorbankan rakyat serta negara. 

“Secara jelasnya, kritikan ini berasaskan dendam kesumat terhadap seseorang yang kini tidak lagi memberi dan menyatakan sokongan secara total kepada cita-cita dan hasrat peribadi beliau untuk menjadi Perdana Menteri ke-7, ke-8 dan yang ke-9.

“Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), PKN akan memastikan pelaksanaan untuk membantu rakyat bukanlah agenda politik mahupun ucapan retorik serta hipokrit seperti sesetengah individu yang tidak keruan tanpa memikirkan nasib rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perbahasan Anwar yang memberi bayangan tidak akan memberi laluan mudah untuk meluluskan Belanjawan 2021 jika beberapa kriteria dan tuntutan Pakatan Harapan (PH) tidak dipenuhi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson antara lain mempersoalkan dana Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) sebanyak RM81 juta dan PKN RM8.5 juta yang beliau mahu kerajaan membatalkan keputusan berkenaan.

Sementara itu, Muhammad Jailani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri berkata, PKN kini menjadi ejen perubahan dalam komuniti setempat bagi memberi maklum balas yang tepat tentang usaha kerajaan. 

“Usaha ini adalah berterusan tanpa ganggu gugat dengan isu remeh-temeh yang dibangkitkan Ketua Pembangkang dan PKN akan terus berusaha menyantuni rakyat melangkaui ras, agama dan status,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya