Datuk ditahan dipercayai cabul cucu tiri - Utusan Malaysia

Datuk ditahan dipercayai cabul cucu tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang pengawal keselamatan ditahan selepas dipercayai mencabul cucu tirinya yang berusia lapan tahun di sebuah wakaf taman permainan di Bukit Besi di sini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di kediamannya petang semalam susulan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa.

Baharudin berkata, kejadian malang yang menimpa murid tahun dua itu berlaku pada pertengahan bulan lalu, namun, mangsa yang takut dan trauma hanya menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya, Rabu lepas.

“Menurut mangsa, ketika kejadian iaitu kira-kira pukul 3.30 petang, dia yang bermain di taman permainan bersama adik-adiknya telah dipanggil suspek ke sebuah wakaf sebelum datuk tirinya melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut.

“Ketika kejadian, hanya mangsa dan suspek berada di wakaf itu manakala adik-adiknya tidak mengetahui kejadian yang berlaku,” katanya hari ini.

Baharudin berkata, hasil laporan perubatan dari Hospital Kemaman mendapati wujud kesan merah dan doktor mengesahkan ada kemasukan jari pada kemaluan mangsa.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya