Daerah Sik paling ramai mati sakit jantung - Utusan Malaysia

Daerah Sik paling ramai mati sakit jantung

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini melaporkan punca utama kematian rakyat Malaysia akibat sakit jantung dengan Daerah Sik di Kedah paling tinggi.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, sebanyak 15 peratus atau 16,325 kematian direkodkan sepanjang tahun lalu disebabkan kes tersebut.

“Ia merupakan sebab kematian utama di 78 daripada keseluruhan 160 daerah pentadbiran di seluruh negara dengan peratusan tertinggi dicatat di Daerah Sik iaitu 27.1 peratus,” katanya.

Beliau menambah, seramai 11,330 kes (69.4 peratus) yang mati akibat sakit jantung adalah kalangan lelaki manakala baki 4,995 kes (31.6 peratus) pula melibatkan orang perempuan.

Penyakit itu yang disebut ischaemic heart diseasses juga kematian utama semua etnik di Malaysia dengan Bumiputera (14.5 peratus), Cina (14 peratus) dan India (20.4 peratus).

Selain itu ujar beliau lagi, penyakit ini merupakan punca kematian terbesar bagi kumpulan umur 41-49 tahun iaitu sebanyak 18 peratus diikuti usia 60 tahun ke atas (16 peratus).

“Amalan gaya hidup dan pemakanan tidak sihat adalah antara penyumbang kepada kematian yang disebabkan penyakit ini pada tahun lepas,” jelas Mohd. Uzir lagi menerusi kenyataan.

Secara keseluruhan sebanyak 173,746 kematian direkodkan pada 2019 meliputi 109,164 kes (62.8 peratus) disahkan secara perubatan dan baki selebihnya bukan sebab perubatan.

Sementara itu, radang paru-paru atau pneumonia menjadi punca kedua tertinggi kematian iaitu 12.2 peratus diikuti cerebrovascular atau lazim disebut angin ahmar (lapan peratus).

Daerah Kota Setar yang menempatkan ibu negeri Kedah, Alor Setar jelas beliau, mencatatkan kematian terbesar akibat pneumonia di samping 51 daerah pentadbiran lain di Malaysia.

“Statistik juga menunjukkan bahawa punca kematian yang disebabkan oleh penyakit barah atau cancer turut meningkat di selur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN