Cubaan seludup udang ke Singapura gagal - Utusan Malaysia

Cubaan seludup udang ke Singapura gagal

UDANG dirampas Maqis Johor selepas dikesan cuba diseludup ke Singapura.-Gambar Maqis Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Cubaan menyembunyikan udang ketak bersama tong ikan berpermit yang dieksport ke Singapura kononnya bagi mengaburi pihak berkuasa gagal setelah tindakan itu dikesan pihak berkuasa semalam.

Tindakan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu digagalkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) selepas memeriksa sebuah kontena di sini semalam.

Pengarahnya, Nur Afifah A. Rahman berkata, cubaan itu dikesan dan sekali gus menemukan hasil laut seberat 95 kilogram dan dianggarkan bernilai RM4,085.

“Hasilnya pemeriksaan rapi dibuat pegawai Maqis, kita mengesan sebuah lori yang menyembunyikan udang ketak tanpa permit bersama ikan yang memiliki permit sah.

“Tindakan itu dibuat dipercayai bagi mengelirukan pihak berkuasa.

“Sehubungan itu, hasil laut berkenaan dirampas manakala pemandu lori yang berusia 40 tahun diambil keterangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nur Afifah, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 11(2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3), Akta sama.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Nur Afifah turut menegaskan pihaknya akan sentiasa memantau kemasukan dan keluaran melibatkan produk pertanian supaya mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. 

“Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara,” tambahnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya