Covid-19: RM3 bilion peruntukan imunisasi 70 peratus rakyat 2021

Covid-19: RM3 bilion peruntukan imunisasi 70 peratus rakyat 2021

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekalan vaksin awal dijangka diperoleh pada suku tahun 2021 dengan wajaran pertama tiga peratus populasi negara. 

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun bekalan tersebut ditambah dengan peruntukan sebanyak RM3 bilion sebagai langkah imunisasi sekurang-kurangnya 70 peratus rakyat di negara ini.

“Jumlah tiga peratus hanya wajaran pertama untuk kita beri keutamaan kepada barisan hadapan seperti polis, doktor dan kakitangan penjara. 

” Bagi tahun depan menerusi perancangan jawatankuasa dan Kementerian Kewangan, kita minta RM3 bilion untuk  kita imunisasi 70 peratus rakyat,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang meminta penjelasan dan harapan agar jumlah vaksin Covid-19  ditambah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya