Covid-19: Masjid Nasiruddin Shah di Besut ditutup tiga hari  - Utusan Malaysia

Covid-19: Masjid Nasiruddin Shah di Besut ditutup tiga hari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Masjid Nasiruddin Shah di Kampung Raja, Besut ditutup selama tiga hari bagi kerja-kerja pembersihan dan nyah kuman berikutan terdapat jemaahnya disahkan positif Covid-19

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad berkata, penutupan tersebut berkuat kuasa hari ini hingga 18 November.

Katanya, perintah penutupan premis oleh Jabatan Kesihatan negeri mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) itu bertujuan mengelak penularan wabak.

“Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan terdapat kes positif Covid-19 semalam dan kes itu dikatakan menunaikan solat Jumaat di Masjid Nasiruddin Shah pada 13 November lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya