Covid-19: KTMB sanitasi koc Ekspress Rakyat Timuran - Utusan Malaysia

Covid-19: KTMB sanitasi koc Ekspress Rakyat Timuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melakukan operasi sanitasi ke atas sebuah koc Ekspress Rakyat Timuran (ERT) selepas salah seorang penumpangnya disahkan positif Covid-19.

Ketua Komunikasi Strategik KTMB, Ahmad ‘Asri Khalbi berkata, tindakan segera itu dilakukan bagi memutuskan rantaian Covid-19, sekali gus mengekang risiko jangkitan kepada pengguna lain.

Menurutnya, KTMB telah menyerahkan maklumat berkaitan penumpang yang menggunakan koc berkenaan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ia hanya melibatkan penumpang Koc T6, Ekpress Rakyat Timuran ERT26 dari Stesen Johor Bahru Sentral ke Stesen Tumpat pada 10 November lalu.

“KKM memaklumkan hanya enam penumpang yang berada di dalam koc itu dan mereka diklasifikasikan sebagai kontak rapat kepada pesakit tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) memohon enam penumpang yang menaiki perkhidmatan kereta api Ekspress Timuran dari Johor Bharu ke Tumpat pada 10 November lalu supaya tampil untuk melakukan ujian saringan Covid-19 dengan segera.

Mengulas lanjut, Ahmad ‘Asri berkata, KTMB menasihatkan pengguna perkhidmatannya agar tidak panik atau takut untuk menggunakan pengangkutan awam itu.

“Kami sentiasa menitikberatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

“Yang penting penumpang juga perlu sentiasa amalkan SOP yang betul dan memakai pelitup muka sepanjang berada di platform dan di dalam tren,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya