Covid-19: Finas ditutup sementara - Utusan Malaysia

Covid-19: Finas ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menutup sementara premis dan segala perkhidmatannya yang terletak di Hulu Kelang, Selangor selama enam hari.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat perbadanan itu, langkah tersebut susulan ada laporan seorang individu yang mengikuti Program Santun OKU pada 24 Oktober lalu disahkan positif Covid-19.

“Finas ingin memberitahu semua pelanggan mengenai penutupan operasinya yang bermula esok sehingga 6 November ini,” katanya di sini hari ini.

Penutupan itu turut meliputi penutupan kaunter lesen bagi urusan permohonan, pembaharuan, lesen, bayaran filem import, sijil perakuan penggambaran filem dan surat akuan filem iklan buatan Malaysia.

Turut terlibat sama ialah urusan surat sokongan kemasukan pekerja filem asing dan tuntutan bayaran balik deposit, namun pelanggan masih boleh berhubung untuk sebarang pertanyaan.

Kenyataan Finas tersebut memaklumkan, mereka yang ada sebarang isu berkaitan diminta menghubungi talian hotline 03-7968 2182 atau menerusi e-mel [email protected].

“Bagaimanapun urusan menerusi panggilan telefon berkenaan hanya dibuka dari pukul 10 pagi hingga 3 petang kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum,” jelas kenyataan itu.

Pemakluman dari semasa ke semasa kepada pelanggan akan dikemas kini melalui laman sesawang rasmi www.finas.gov.my serta media sosial Facebook, Instagram dan Twitter. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya