Covid-19: 235 kes dicatatkan di Pelabuhan Klang dan PKFZ  - Utusan Malaysia

Covid-19: 235 kes dicatatkan di Pelabuhan Klang dan PKFZ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG:Sebanyak 235 kes Covid-19 telah dicatatkan di kawasan Pelabuhang Klang dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sejak 10 November lalu sehingga hari ini.

Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Kapten K. Subramaniam berkata, daripada jumlah tersebut, 217 pekerja asing dan 18 pekerja tempatan yang telah dijangkiti virus tersebut.

“Kita juga telah melaksanakan operasi nyah kuman di semua tempat mereka bekerja, termasuk peralatan kerja yang mereka gunakan.

“Bagi yang dijangkiti, mereka semua telah diawasi oleh pegawai daripada Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Westports Malaysia Sdn. Bhd. (Westports) telah menjalankan ujian saringan Covid-19 terhadap 6,000 warga kerjanya.

Tambahnya, pihaknya tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat berhubung pekerja mereka yang dijangkiti virus daripada pengetahuan awam.

“PKA sentiasa berhubung dengan kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan penurunan kes Covid-19 di kawasan Pelabuhan Klang dan PKFZ,” ujarnya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan penemuan kluster Perigi di Klang susulan 39 kes positif dicatatkan oleh kluster tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya