'Cerita cetak wang sengaja dipusing' - Utusan Malaysia

‘Cerita cetak wang sengaja dipusing’

WAN Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak tertentu cuba memutar belit kenyataannya bagi mencetuskan kontroversi.

Malah beliau menganggap isu terbaharu kononnya beliau mencadangkan kerajaan agar mencetak lebih banyak wang sebenarnya sengaja ‘dipusing’ bagi mengelirukan rakyat.

“Saya melihat ada pihak mahu ‘mempolitikkan’ kenyataan saya dan saya sendiri percaya ia memang dibuat musuh politik saya atas sebab tertentu,” tegasnya kepada Utusan Malaysia.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu ditemui selepas menyertai Dialog Online ‘Ke Arah Memenuhi Citra Belia Melalui Belanjawan 2021’ di pejabatnya di sini hari ini.

Program melibatkan lebih 50 pemimpin belia dari seluruh negara itu turut menyaksikan sesi penyerahan memorandum wakil pelajar universiti diketuai Muhammad Haziq Azfar Ishak.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata, idea ‘wang helikopter’ bukan bermaksud Bank Negara Malaysia (BNM) kena mencetak lambakan wang tunai untuk diedarkan ke pasaran.

“Ramai salah faham sebab saya membangkitkan isu ini dalam wawancara bersama stesen radio BFM dalam bahasa Inggeris dan perbincangan ilmiah itu memang teknikal,” katanya.

Walhal ujar beliau, perkara ini bukan isu baharu waima di Barat sendiri kerana wang itu boleh diberikan BNM dalam bentuk dompet elektronik untuk manfaat rakyat dapat berbelanja lebih.

Justeru jelasnya, cadangan bersifat penyelesaian radikal itu wajar kerana ramai terkesan akibat wabak Covid-19 apabila dibuang kerja dan tiada wang untuk bayar hutang pinjaman bank.

“Ini termasuk anak muda sendiri dan dibangkitkan dalam sesi dialog dengan saya tadi, tetapi malangnya saya tidak diberi peluang untuk menerangkan kenyataan idea itu,” katanya kesal.

Bahkan, Wan Ahmad Fayhsal hairan apabila beberapa portal berita yang diketahui tidak suka dirinya dilihat memperbesarkan idea itu bagi hasut netizen sindirnya sebagai bahan jenaka.

Beliau turut mengambil contoh idea radikal tambatan ringgit oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu krisis ekonomi pada 1998 yang dikutuk rakyat tetapi akhirnya diterima dengan baik. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya