CEO anak syarikat kerajaan negeri direman dua hari - Utusan Malaysia

CEO anak syarikat kerajaan negeri direman dua hari

KETUA Pegawai Eksekutif sebuah anak syarikat kerajaan negeri Perak dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk permohonan reman hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat kerajaan negeri Perak direman dua hari bermula hari ini kerana mengemukakan dokumen mengandungi maklumat palsu berhubung lantikan jawatannya.

Perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan Majistret Umzarul An Nur Umar di Mahkamah Majistret di sini.

Terdahulu, lelaki yang diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memakai baju lokap berwarna jingga itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ipoh pada pukul 10.30 pagi.

Lelaki terbabit sebelum ini ditahan pada pukul 3.45 petang di pejabat SPRM Perak semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Difahamkan, lelaki itu ditangkap kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran maklumat palsu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk diluluskan.

Sumber berkata, dokumen tersebut berupa surat tawaran pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bertaraf jawatan tetap dan menerima gaji RM20,000 sebulan.

Sedangkan dalam Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bil.14/2017 bertarikh 8 Disember 2017 memutuskan lantikan jawatan tersebut adalah secara kontrak.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN