Campak cucu: Suspek warga Nigeria dipercayai ada masalah mental - Utusan Malaysia

Campak cucu: Suspek warga Nigeria dipercayai ada masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Suspek warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya berusia empat tahun dari tingkat empat di sebuah apartment di Danau Kota semalam dipercayai mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, hasil keterangan yang diambil terhadap keluarga dan rakan suspek mendapati lelaki tersebut ada mengambil ubat-ubatan susulan penyakitnya itu.

Ujarnya, bagaimanapun, pihaknya masih menyiasat perkara itu sama ada suspek benar-benar mengalami masalah mental atau tidak.

“Setakat ini, isteri dan dua anak suspek masih dirawat di hospital susulan kecederaan yang dialami mereka ketika melepaskan diri.

“Manakala lelaki itu direman selama seminggu bagi siasatan di bawah Seksyen 302, Sekyen 307 dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya