Cadang naikkan elaun guru agama dakwah kepada RM900 - Utusan Malaysia

Cadang naikkan elaun guru agama dakwah kepada RM900

MOHD. Akmal Kamarudin (tengah) menyampaikan sijil kepada peserta Ijtimak Perkaderan Dakwah Negeri Perak di Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri bercadang untuk menaikkan kadar elaun guru agama dakwah di negeri ini daripada RM400 kepada RM900 selepas lebih sepuluh tahun tiada kenaikan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, kenaikan itu selari dengan bebanan tugas guru agama dakwah yang semakin mencabar.

Menurutnya, elaun guru agama dakwah masih pada kadar lama iaitu RM400 namun berdepan bebanan kerja yang semakin banyak.

“Saya kira sudah berbelas tahun elaun guru agama dakwah ini masih pada kadar lama iaitu RM400, jadi sesuailah dinaikkan kepada RM900. 

“Bagaimanapun cadangan ini akan disembah maklum terlebih dahulu kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk mendapat perkenan baginda,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Ijtimak Perkaderan Dakwah Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina Meru di sini hari ini. 

Menurut Mohd. Akmal, sekiranya diperkenankan, kadar elaun baharu tersebut akan dilaksanakan pada 1 Januari depan.

“Kenaikan ini akan memberi manfaat kepada hampir 100 guru agama dakwah di seluruh negeri,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Akmal menggesa umat memboikot segala produk buatan Perancis dan mengutamakan produk tempatan.

Menurutnya, tindakan itu sebagai memberi pengajaran kepada kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macrin yang menyokong tindakan seorang guru menghina Nabi Muhammad SAW.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN