Bungkusan simen bertaburan di atas LPT2 - Utusan Malaysia

Bungkusan simen bertaburan di atas LPT2

Bungkusan simen yang bertaburan di Kilometer 381.6, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Bukit Besi-Ajil, di sini hari ini. GAMBAR : Ihsan PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Ratusan bungkus simen bertaburan di atas lebuh raya setelah treler membawa muatan bahan binaan itu terbabas di Kilometer 381.6,  Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Bukit Besi-Ajil, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa, Mohamad Ikram Hafizy Mukhtar, 25, yang memandu kenderaan berat tersebut di samping kelindan, Adek Hajar Abu Bakar, 44, hanya mengalami luka kecil di bahagian dahi dan lengan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, sebelum kejadian,  treler jenis Volvo itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Ajil di sini.

“Hujan renyai-renyai dan keadaan jalan basah menyebabkan treler dipandu Mohamad Ikram Hafizy di lorong kiri jalan arah ke Kuala Terengganu tiba-tiba hilang kawalan.

“Treler itu kemudian terbabas dan bergesel pada besi penghadang jalan sebelum masuk ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd. Adli, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu bagi mendapatkan rawatan dan kes disiasat di bawah Rule 10 Ln 166/69.

Katanya, kerja-kerja mengalihkan simen turut dilakukan bagi melancarkan lalu lintas kepada pengguna lebuh raya tersebut.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN